top of page

Suluk

Baju Lapi dan Seluar Kuput

​

kuput adalah nama pakaian tradisional untuk lelaki kaum suluk. baju ini dihiasi dengan Butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas dan Perak di bahagian bahu, dada, dan lengan baju. Baju Lapi ini dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu (seluar yang berbentuk longgar ) ataupun Berino ( seluar ketat ) dibahagian betis seluar Berino mempunyai belahan dan dihiasi dengan Butang Emas atau perak. pakaian ini dahulunya digunakan untuk aktviti seharian tetapi kini hanya digunakan semasa majlis-majlis tertentu sahaja

Baju betawi dan Seluar Kuput

​

merupakan salah satu pakaian wanita bagi Suku kaum Suluk yang sangat Unik, cantik dan menarik. Baju ini lajimnya berlengan panjang dan jika berlengan pendek dinamakan Baju Batawi Pukul Tandu.Biasanya baju ini ketat dan sempit, dihiasi dengan butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas ataupun Perak dibahagian bahu, dada, pinggang dan pergelangan tangan, baju ini biasanya mempunyai 300 hingga 2000 Butang Tambuko yang di saluti Emas dan Perak .Baju Batawi dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu, sawwal ialah seluar yang berbentuk besar dan longgar .Baju ini dipadankan dengan Kain Tenun Habul Tiyahian di pakai dengan cara Selendang ataupun dikepit dengan sebelah tangan. Baju ini adalah menjadi kebanggaan yang bernilai dan berharga bagi setiap suku kaum suluk kerana memiliki peninggalan warisan nenek moyang.

Sablay

​

Sablay mempunyai potongan yang longgar seakan-akan baju kebaya.Sablay di padankan dengan seluar Longgar (Sawwal) dan dipadankan dengan kain Tenun/ kain bersulam Habul Tiyahian pakaian ini bersifat mudah dan ringkas bagi kaum suluk untuk digunakan semasa melakukan aktiviti seharian. dahulu, pakaian ini sering digunakan oleh wanita-wanita kampung yang berketurunan suluk sebagai pakaian harian dan sampai kini masih ramai penduduk berketurunan suluk yang mengamalkan pemakaian ini.

Busana Kinabalu

seni pakaian tradisional suku kaum di sabah

bottom of page