top of page

Bugis

Baju Bodo



Baju Bodo merupakan pakaian tradisi bugis yang mana dipakai semasa upacara perkahwinan semasa majlis bersanding. Baik lelaki mahupun perempuan dikehendaki untuk memakainya terutamanya dalam majlis persandingan bagi mengekalkan budaya tersebut. Perempuan akan memakai akseoseri seperti sanggul, gelang dan rantai khas yang berunsurkan ukiran daripada suku kaum bugis. Sama seperti perempuan, lelaki juga turut mengenakan aseoseri seperti rantai dan songkok yang berlainan daripada suku kaum lain. Selain itu, Baju Bodo juga digunakan untuk majlis berkhatan bagi kanak-kanak perempuan bagi menguatkan lagi majlis yang penuh dengan adat istiadat bugis.

Baju bodo adalah baju tradisional orang Bugis dan Makassar khas bagi kaum wanita. Baju bodo berbentuk segi empat dan tidak berlengan. Kain yang digunakan untuk membuat baju bodo selalunya adalah dari jenis kain yang jarang.
Menurut adat Bugis, setiap warna baju bodo yang dipakai oleh wanita melambangkan usia ataupun darjat pemakainya

 

Gambar disebelah menunjukkan perkhawinan suku kaum bugis yang menggunakan Baju Bodo dalam majlis persandingan mereka. Jenis kain yang digunakan ialah sutera dan warna yang digunakan bergantung daripada permintaan bakal pengantin atau keluarga pengantin itu sendiri.

Busana Kinabalu

seni pakaian tradisional suku kaum di sabah

bottom of page