top of page

Murut

​Pinongkoloh

 

Pakaian wanita Murut disebut sebagai pinongkoloh  yang merangkumi baju berlengan pendek dikenali sebagai sampayau dan kaun sarung yang disebut sebagai tapi’. Tapi’  tidak mempunyai fesyen potongan khas. Ia hanyalah sekeping kain yang dilubangkan di bahagian tengah untuk memasukkan kepala. Di bahagian kiri dan kanan rusuk disematkan simpulan supaya mudah dipakai atau dibuka. Pakaian tradisi ini hanya lengkap setelah dihiasi dengan beberapa aksesori dan hiasan manik. Sapulu merupakan gelang yang melingkari bahagian kepala dan digunakan sebagai penutup kepala. Gabungan warna manik yang disusun secara melintang akan menghasilkan corak pada sapula. Manakala sinikot pula adalah nama umum bagi hiasan penutup kepala yang merujuk kepada objek berjurai dan disangkut pada sapulu. Hiasan ini mengandungi dua set, iaitu sinikot taun dan sinikot surai.  Rorongkol  merupakan hiasan dibahagian leher yang merangkumi gabungan daripada manik bulat yang dikenali sebagai rorongkol pumpung. Rorongkol  yang menghiasi leher mengandungi beberapa rangkai dan loketnya (sulou) diletakkan pada bahagian belakang badan.

Sehingga kini, baju tradisi moden masyarakat Murut masih menekankan konsep pemakaian cawat. Baju kemeja yang dikenali sebagai batik lumayou yang mempamerkan jalinan pada permukaan baju melalui teknik tampalan, sulaman dan jahitan. Baju ini menggunakan warna hitam sebagai warna dasar dan reka bentuk yang agak mudah.
Baju ala kemeja moden beraneka ragam hias ini dipakai bersama sandaki untuk menggantikan pemakaian seluar pada bahagian bawah. Sandaki merupakan kain panjangyang diikat pada pada bahagian pinggang dan dibiarkan berjuntaian pada bahagian depan adalah adaptasi moden bagi menggantikan cawat yang diperbuat daripada kulit kayu. Hiasan pada kepala ialah lalandau yang mempunyai dekorasi corak yang sama dengan bahagian baju.

​

​

​Puputul

​

Dikenali dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu. Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket. Aba puputul-cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu. Tupi sinulatan-perhiasan kepala pula diberbuat  daripada kulit kayu.

Busana Kinabalu

seni pakaian tradisional suku kaum di sabah

bottom of page