Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu Kuput (kupot), sablay, samrah dan betawi.
Suku kaum Murut dikenali mereka yang unik dan jauh berbeza daripada pakaian suku kaum yang lain. Masyarakat Murut mewarisi pakaian tradisional yang dihiasi dengan manik yang berwarna-warni yang telah direka dengan pelbagai bentuk dan corak. Wanita dalam masyarakat Murut mengenakan pakaian tradisi yang lengkap dalam sesuatu upacara khas atau majlis-majlis keramaian, seperti Pesta Keamatan, perkahwinan, dan upacara amal serta majlis sambutan anjuran badan-badan tertentu.
Bangsa bajau dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu di kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur. Kebanyakan mereka merupakan petani dan penternak serta menjadi nelayan. Sebagai bumiputera kedua terbesar di Sabah, bajau juga memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran dan politik di Sabah. Mereka lebih gemar digelar sebagai ‘Sama’ atau Bajau. Istilah ‘Sama’ merupakan panggilan yang digunakan sesama Bajau.
Suku kaum bugis merupakan salah satu komuniti suku kaum yang turut mendiami Sabah. Suku kaum ini masih mengekalkan kadat dan tradisi mereka walaupun sudah bermastautin di Sabah. Dari segi percakapan dengan loghat bahasa Bugis masih jelas didengari terutamanya jika anda mengunjungi kawasan Pantai Timur Sabah seperti Tawau dan Sandakan. Suku kaum ini mempunyai pakaian tradisi yang dinamakan “Baju Bodo”
Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Etnik Utama di Sabah